Perhatian kepada semua yang kami kasihi kerana Allah,
Hati ini berat untuk berkongsi… namun sebagai amanah, kami perlu maklumkan bahawa telah dikesan produk Olive Guard tiruan di pasaran, khususnya di platform Shopee dan TikTok.
Lebih membimbangkan, produk Olive Guard palsu ini datang dari sumber yang tidak diketahui, dan diragukan bahan di dalam softgel tersebut. Amat membimbangkan apa yang kita masukkan ke dalam tubuh — boleh memudaratkan kesihatan kita dan keluarga.
Sebab itu kami mohon sangat-sangat, jangan ambil mudah.
@raudhya.official Jangan tertipu dengan produk tiruan Raudhya! Pastikan original baru beli. #oliveguard #raudhya
♬ original sound - Raudhya - Raudhya
Mengapa Isu Produk Olive Guard Tiruan Ini Serius?
Pihak HQ Raudhya menerima laporan daripada pelanggan yang membeli produk Olive Guard tiruan di Shopee dan TikTok tanpa mengetahui bahawa produk tersebut bukan original. Penjual-penjual ini kebanyakannya berasal dari China dan menggunakan nama kedai yang meragukan seperti “Future Wellness” dan “Bee Wellness”.
Yang paling membimbangkan ialah sumber softgel produk tiruan ini dipercayai berasal daripada minyak binatang — bukan minyak zaitun tulen seperti yang didakwa. Ini bukan sahaja menipu pengguna, malah boleh membahayakan kesihatan dan mempersoalkan status halal produk tersebut.
Bagaimana Nak Kenal Pasti Produk Olive Guard Tiruan?
Hasil semakan teliti pihak HQ Raudhya, terdapat beberapa perbezaan ketara antara produk Olive Guard tiruan dan produk original. Semak ciri-ciri berikut sebelum membeli:
Tanda-Tanda Produk Tiruan
- Softgel keras dan berbau hanyir
- Botol penutup putih & tiada kotak rasmi
- Harga terlalu murah — produk asli bermula RM89
- Penjual mendakwa harga murah kerana produk dijual tanpa kotak
- Penjual tidak sah atau nama kedai meragukan
- Kedai yang turut menjual produk tidak berkaitan seperti makanan haiwan
- Sumber softgel dipercayai daripada minyak binatang, bukan minyak zaitun

Ciri-Ciri Produk Olive Guard Original Raudhya
- Softgel lembut, jernih & berkualiti tinggi
- Didatangkan lengkap bersama kotak rasmi
- Harga bermula RM89
- Dijual hanya melalui saluran sah yang berdaftar
- Boleh disemak kesahihan pembelian melalui hotline rasmi


Di Mana Nak Beli Olive Guard Original Raudhya?
Kami tidak pernah melantik sebarang ejen di Shopee & TikTok selain akaun rasmi kami sendiri. Sebarang akaun lain yang mendakwa menjual produk Raudhya adalah tidak sah dan di luar pengetahuan kami.
Pastikan anda hanya membeli melalui saluran rasmi berikut:
- 🛍 Shopee: raudhya.os
- 📱 TikTok: raudhya.official
- 🌐 Website: raudhya.com
- 📞 Hotline: +60 13-511 7537
Senarai Pengedar & Wakil Sah Berdaftar Raudhya
Selain akaun rasmi HQ, produk Raudhya turut dijual melalui syarikat dan wakil sah berdaftar berikut sahaja:
- Raudhya Sdn Bhd
- Neuro Sdn Bhd
- Feenix Sdn Bhd
- Biscoot Marketing
- Syara Global
- NS Marketing
- Qasdtscape Sdn Bhd
Sebarang pembelian di luar senarai di atas adalah di luar tanggungjawab pihak kami. Untuk semak senarai pengedar rasmi Raudhya yang terkini dan lengkap, sila layari pautan berikut: Semak Senarai Pengedar Rasmi Raudhya
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?
Jika anda pernah membeli produk Olive Guard dari mana-mana penjual selain senarai di atas, kami mengesyorkan anda:
- Hentikan penggunaan produk tersebut
- Hubungi hotline kami di +60 13-511 7537 untuk pengesahan
- Laporkan kepada kami akaun penjual yang mencurigakan
- Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan agar mereka turut berwaspada
Pesan Daripada Pihak Pengurusan Raudhya
Kami tidak mampu menghalalkan penipuan dalam perniagaan. Kerana bagi kami, keberkatan itu lebih mahal daripada keuntungan.
Isu produk Olive Guard tiruan ini bukan sahaja merugikan pelanggan dari segi wang, malah lebih membimbangkan dari sudut kesihatan dan keselamatan. Kami berkomitmen untuk terus memastikan setiap produk yang sampai ke tangan anda adalah tulen, selamat, dan berkualiti.
Jagalah diri, jagalah kesihatan. Jangan kerana murah, kita menggadaikan sesuatu yang jauh lebih berharga.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara yang memudaratkan. 🤲
Terima kasih atas kepercayaan yang tidak pernah putus.
— Pihak Pengurusan Raudhya
